Posts

Showing posts from July, 2017

#19 - Mendaki Gunung Ledang via Sagil (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, pada hari Sabtu (22/7/2017) yang lalu, saya menyertai satu aktiviti pendakian daypack yang diadakan oleh seorang Group Organizer daripada Tebing Tinggi Backpacker yang bernama Myza. Kos penyertaannya tidaklah terlalu mahal, still affordable which is RM75. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan seperti kelewatan hadir di tempat berkumpul pada jam 7.30 pagi, saya bersama dua orang peserta yang lain, Ezreen dan Aliff, bertolak ke Tangkak pada Jumaat malam dan tidur di dalam kereta di luar kawasan surau Sagil. Carpool menjadi pilihan cara pengangkutan saya kerana selain daipada dapat berjimat, saya juga dapat membuat kenalan-kenalan baru.