#13 - Mendaki Gunung Besar Hantu (1st trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.


Alhamdulillah, pada 13hb November 2016 (Ahad), saya bersama rakan-rakan yang lain berjaya mengadakan aktiviti pendakian Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan. Aktiviti ini disertai seramai 9 orang lelaki dan 4 orang perempuan iaitu Aness, Danial, Bell, Glaucia, Graham, Zack, Hafiz, Amir, Samad, Zul, Raihana, Raja, dan Saban. Kesemuanya daripada UniKL MICET melainkan dua orang daripada UiTM Dengkil, seorang daripada UiTM Dungun, dan seorang lagi daripada UniKL MESTECH.

Sebelum saya mengadakan aktiviti ini, seperti kebiasaan saya akan mengumpul maklumat melalui pencarian di Google dan bertanya kepada rakan-rakan yang lain terlebih dahulu. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya dapati tidak ramai yang mendaki gunung ini kerana mempunyai sebab-sebab yang tertentu antaranya; (1) jalan untuk ke kaki gunung tidak rata, lecak, berbatu-batu, dan bertanah merah yang menyebabkan (2) kebanyakan pendaki akan menggunakan atau mendapatkan perkhidmatan 4WD atau kenderaan yang tahan lasak seperti lori kerana tidak mahu merosakkan kenderaan mereka (3) memandangkan perjalanan yang jauh mengambil masa 1 jam daripada Kampung Chennah dan (4) tiada papan tanda untuk ke sana ekoran jalan yang digunakan merupakan jalan sementara untuk pembinaan lebuhraya. Tambahan pula, (5) pendaki-pendaki yang tidak pernah mendaki gunung ini akan menggunakan perkhidmatan guider kerana terdapat kemungkinan untuk sesat. Oleh itu, (6) kos bagi perkhidmatan guider dan pengangkutan agak tinggi di mana ada guider yang menawarkan pakej daypack RM50 (pengangkutan lori), RM70, RM100 (pengangkutan 4WD), dan RM120. Semestinya saya pilih pakej RM50 yang ditawarkan oleh pihak guider Backpacker Mountain Malaysia (BMM) kerana kami semua ialah student-student yang mahu mengurangkan kos perbelanjaan.

Hasil perbincangan saya dengan rakan-rakan dan juga Ikmal selaku wakil daripada pihak BMM, saya menetapkan perjumpaan di Medan Selera Kendong pada jam 4.30 pagi dan bertolak pada jam 5 pagi. Kami tiba di Masjid Kampung Chennah 2 jam berikutnya dan bersarapan di kedai makan berhampiran. Makanan di situ memang sedap, murah, dan mengikut citarasa orang-orang kampung.

kami pergi dengan menaiki 3 buah kereta dan yang seronoknya ketiga-tiga kereta Myvi, warna putih, kuning, dan pink

Selepas menjamu selera, kami pergi ke Balai Polis Kampung Chennah untuk menghantar senarai nama para pendaki (lapor diri) kepada pihak polis dan kereta-kereta kami letakkan di situ juga untuk tujuan keselamatan. Kemudian, kami bertolak ke kaki gunung dan sampai pada jam 9.30 pagi.

untuk pengetahuan, aktiviti pendakian gunung ini juga disertai oleh para pendaki yang lain atas jemputan pihak guider

Di kaki gunung terletaknya pondok kawalan Renjer Hutan dan kami semua dikehendaki untuk mendaftarkan nama masing-masing (lapor diri). Di situ juga terdapat tandas awam dan siapa yang ada rasa nak "membuang" itulah masanya nak periksa. Selepas selesai urusan masing-masing, pihak guider mengadakan sesi taklimat dan senaman memanaskan badan.

inilah dia pondok kawalan renger hutan
shhh... tengah fokus ni

Berdasarkan sesi taklimat (tempoh masa pendakian ikut masa saya), dari kaki gunung ke persimpangan Y mengambil masa selama 30 minit dan di situ ambil simpang yang ke kanan. Kemudian, dari persimpangan Y ke Kem Sungai Kering (checkpoint), mengambil masa selama 1 jam dan sama juga di Kem Sungai Kering, ambil simpang yang ke kanan. Selepas itu, dari Kem Sungai Kering ke Kem Orchid (checkpoint) mengambil masa selama 1 jam. Dari Kem Orchid ke Puncak mengambil masa 1 jam dan 30 minit. Berkenaan punca air, ada 3 punca air, yang pertama di Kem Sungai Kering, yang kedua dalam perjalanan ke Kem Orchid (tidak jauh dari Kem Sungai Kering), dan yang ketiga dalam perjalanan ke puncak (tidak jauh dari Kem Orchid). Punca air yang pertama dan kedua merupakan sungai manakala yang ketiga merupakan air yang keluar daripada celahan batu-batu. Semasa pendakian saya, punca air yang ketiga ada air tetapi sangat sedikit untuk digunakan. Kami mula mendaki pada jam 10 pagi.

Ini ular dan ular ini jadi kawan Raja semasa di hutan

laluan ke Kem Orchid adalah di utara papan tanda ini, maksudnya simpang ke kananlah

kawasan Kem Sungai Kering yang luas menjadikannya sebagai kawasan pilihan untuk tapak perkhemahan

tambahan lagi bila ada sumber air di Kem Sungai Kering

di Kem Sungai Kering ada dua batang sungai yang bertemu menjadi satu

Untuk pengetahun, ini merupakan barang-barang yang wajib dibawa berdasarkan perbincangan saya dengan rakan-rakan dan juga Ikmal. Saya copy paste balik:

1. makanan dan minuman
- air mineral / air masak 1.5 L
- air manis / isotonik 1 L
- nasi + lauk / roti + lauk

makanan dan minuman penting untuk tenaga, juga untuk hilangkan haus

2. baju hujan / poncho

aku risau hujan sebab sekarang musim hujan

3. lampu seperti headlamp atau torchlight

aku risau cuaca mendung, jadi suasana mungkin gelap

4. bagi perempuan (tidak cuti) yang beragama Islam bawa pakaian menutup aurat untuk solat melainkan anda sudah berpakaian sedemikian, begitu juga lelaki

5. Kasut berbunga

kasut hiking the best, tetapi kalau tak ada xpe asalkan kasut ada bunga untuk geseran sebab tiada bunga ada risiko tinggi untuk jatuh tergelicir ekoran permukaan trek yang basah / lembab / licin

6. Bekas makanan

Guna bekas makanan macam Tupperware, bukan yang macam polystyrene kedai makan sebab nanti bila letak dalam beg, kalau jatuh bekas boleh pecah walaupun dalam beg

inilah dia punca air semasa dalam perjalanan ke Kem Orchid

air dia jernih dan sejukkk

adehhh, cuci tangan kejap - Zack

best betul trip ni tapi bila nak sampai puncak? - Samad yang diperhatikan oleh Raja
antara pemandangan semasa menuju ke Kem Orchid

ya, di sini ada juga Gunung Besar Kecil
Samad buat apa tu? duduklah rehat, meh minum air 100 Plus dengan aku - Raja
alhamdulillah, dah sampai puncak

inilah dia makanan sepcial daripada Warung Kambing Bakar Wak Judin, antara motivasi aku untuk sampai puncak

menjilat jari beb
pemandangannya boleh nampak matahari terbit dan terbenam, namun orang yang camping je ada peluang nak tengok T_T

inilah Raja, mantan President Kelab Explorasi UniKL MICET bagi sesi 2014-2015

ini pula Samad, mantan President Kelab Sukan Air dan Rekreasi UniKL MICET bagi sesi 2014-2015
di Gunung Besar Hantu juga terletaknya Lata Kijang
lihatlah betapa gembiranya mereka apabila sampai di sini

Alhamdulillah, selesai sudah coretan saya pada entry ini. Terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi meluangkan masa untuk enjoy bersama saya mendaki Gunung Besar Hantu pada kali ini dan juga kepada pihak Backpacker Mountain Malaysia yang diwakili oleh Ikmal. Penghargaan juga kepada keluarga dan rakan-rakan saya kerana memberi sokongan serta mendoa'kan keselamatan kami sepanjang aktiviti ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada bos saya yang beri saya cuti agar pekerjanya aktif dalam aktviti riadah, hehehe.

Semua gambar-gambar di atas ini ialah gambar-gambar daripada phone saya dan juga rakan-rakan yang lain. Terima kasih atas sumbangan mereka.

Comments

  1. Assalamualaikum,,,,sya ingin minta tlong dgn tuan nie,,,,macam mne sy nk dpt kn contak 4x4 n reader kat gunung hantu ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh, saya tak ada nombor telefon orang yang menyediakan pengangkutan kenderaan 4x4 tetapi saya boleh beri nombor telefon "nature guider" daripada Tebing Tinggi Backpacker kerana kebiasaannya mereka akan gunakan kenderaan 4x4 untuk membawa pendaki ke kaki gunung.

      Tebing Tinggi Backpacker:
      1. Nama panggilan Bob, nombor telefon +6013-270 6414
      2. Nama panggilan Andy, nombor telefon +6017-999 7790

      Delete
  2. Assalamualaikum Bro... Nk tanya pakej lori tu RM50 utk seorg or utk 1 group..
    Sy brcadang nk hike nx month, group dlm 9-10 org from KL. Bleh syorkan ape2 cadangan
    utk dapatkan budget paling murah..& perlu upah guide ke..?
    Maaf bertanya sbb info GBH ni x banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh, waktu saya ambil pakej lori tu, RM50 seorang, boleh berhubung dengan Burung Hantu Guiders untuk maklumat lebih lanjut

      Burung Hantu Guiders:
      1. Ikmal, +6011-2935 3066
      2. Fatin, +6017-646 6455

      Delete
  3. MADNESS ADVENTURE (FB/IG)
    MOUNT GUIDE SERVICES
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide
    -emergency kit (basic)
    -walkie talkie
    -4x4/lori to trail head

    012-4281994 alif
    011-10327474 anas
    Call/whataps/sms

    ReplyDelete
  4. MADNESS ADVENTURE (FB/IG)
    MOUNT GUIDE SERVICES
    -forestry permit
    -police report
    -nature guide
    -emergency kit (basic)
    -walkie talkie
    -4x4/lori to trail head

    012-4281994 alif
    011-10327474 anas
    Call/whataps/sms

    ReplyDelete
  5. Hi. Agak2nya, jarak antara kampung chennah ke kaki gbh ni berapa jauh ye?

    ReplyDelete
  6. Nk naik atas kena naik 4×4 ke? Jauh ke?

    ReplyDelete

Post a Comment