Posts

Showing posts from November, 2016

#13 - Mendaki Gunung Besar Hantu (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.


Alhamdulillah, pada 13hb November 2016 (Ahad), saya bersama rakan-rakan yang lain berjaya mengadakan aktiviti pendakian Gunung Besar Hantu yang terletak di Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan. Aktiviti ini disertai seramai 9 orang lelaki dan 4 orang perempuan iaitu Aness, Danial, Bell, Glaucia, Graham, Zack, Hafiz, Amir, Samad, Zul, Raihana, Raja, dan Saban. Kesemuanya daripada UniKL MICET melainkan dua orang daripada UiTM Dengkil, seorang daripada UiTM Dungun, dan seorang lagi daripada UniKL MESTECH.
Sebelum saya mengadakan aktiviti ini, seperti kebiasaan saya akan mengumpul maklumat melalui pencarian di Google dan bertanya kepada rakan-rakan yang lain terlebih dahulu. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, saya dapati tidak ramai yang mendaki gunung ini kerana mempunyai sebab-sebab yang tertentu antaranya; (1) jalan untuk ke kaki gunung tidak rata, lecak, berbatu-batu, dan bertanah merah yang menyebabkan (2) kebanyakan pendaki akan me…