Posts

Showing posts from October, 2016

#12 - Mendaki Bukit Kutu (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, pada hari Ahad (25 Oktober 2016) yang lepas, saya bersama rakan-rakan berjaya melakukan aktiviti pendakian Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Perjalanan daripada Simpang Empat, Melaka ke Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta. Kami seramai 5 orang merekodkan masa pendakian selama 3 jam 30 minit di mana treknya dianggarkan sepanjang 6.2 km. Terdapat banyak perkara menarik yang saya nak kongsikan seperti pendakian waktu malam, solat Subuh di tengah trek semasa pendakian, mengatasi mental breakdown dan sebagainya. Namun, saya tak dapat nak kongsikan dek kerana terbatasnya masa lapang saya untuk menulis di blog ini, tetapi jangan risau saya ada cerita serba sedikit melalui gambar-gambar. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jangan malu untuk bertanya. Hehehe. semasa awal pendakian, kami melalui trek ini saya rasa ini buah nangka

#11 - Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan (3rd trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Jika anda seorang yang suka mendaki dan mandi di pantai, Bukit Batu Putih yang terletak di Tanjung Tuan, Melaka merupakan pilihan yang sememangnya sangat menarik untuk dilawati. Sebelum ini saya telah membuat dua entry mengenai trip saya ke Tanjung Tuan di mana entry kali ini saya akan menceritakan trip saya yang ketiga. Klik link ini ( #1 - Mandi di Tanjung Tuan (1st Trip) ) untuk ke entry pertama dan link ini untuk ke entry kedua ( #4 - Camping di Tanjung Tuan (2nd trip) ). Alhamdulillah, trip kali ini disertai oleh Rahizal, 'Irfan ,Hamizan, Fazrol, dan Norsyazwan. Kami pergi dengan menaiki sebuah kereta (5 orang) dan sebuah motor (seorang) dengan masa perjalanan lebih kurang 1 jam. Kali ketiga ke Tanjung Tuan, inilah kali pertama saya melalui trek yang menuju ke Bukit Batu Putih yang mula menjadi viral kerana keindahan pemandangannya di puncak serta kebiruan air di pesisir pantainya. Setibanya kami di sana, seperti kebi