Posts

Showing posts from September, 2016

#10 - Mendaki Gunung Irau (2nd trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh. Alhamdulillah, pada 16 dan 17 September 2016 (Jumaat dan Sabtu), aku, Ariff, Aziz, Rahizal dan Syahir pergi ke Cameron Highland untuk mendaki Gunung Irau. Pause sekejap. Sebelum ini, aku ada post entry berkaitan pendakian Gunung Irau. Boleh klik di sini . Semua berkaitan trek aku rasa sudah diceritakan di situ. Post kali ini aku nak fokuskan mengenai bagaimana sampai ke sana dan kos perbelanjaan. However, aku ceritakan juga serba sedikit mengenai pendakian beserta gambar. Yeay! Kami memulakan perjalanan dari Simpang Empat, Melaka pada jam 12 tengah hari dengan menggunakan laluan Lebuhraya PLUS Utara-Selatan. FYI, lebuhraya ini juga dipanggil sebagai North-South Expressway (NSE). Sebagai driver, aku menggunakan applikasi GPS Waze untuk sampai ke sana. Awal-awal kata 4 jam estimate time arrival (ETA), alih-alih jadi 6 jam disebabkan kesesakan jalan raya di hujung minggu. Kami memasuki lebuhraya melalui tol Simpang Empat dan