#8 - Mendaki Gunung Datuk (2nd Trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,

      Alhamdulillah, semalam (Ahad, 14 August 2016) aku dengan dua orang kawan aku Rizal dan Aziz pergi mendaki Gunung Datuk. Sebelum ni, aku dah cerita jugak pasal Gunung Datuk, cuma gambar view di atas puncak tak ada, boleh rujuk di link ni . So, kali ni aku letak gambar di atas puncak Gunung Datuk. Dalam gambar, Rizal belah kiri, Aziz belah kanan. Mereka meraikan moment friendship, ecece, hahaha.






psssttt, sebenarnya dia tengah excited sebab first time baru sampai puncak, muka je serius tu, hehehe
biasalah di hujung minggu memang ramai orang, tengoklah muka orang ni, ceria kan? hahaha


       Maaflah sebab dah lama tak update. Yelah aku ni buzy dengan Final Year Project (FYP), tambah2 lagi aku kerja full time dekat kilang automotif sementara cuti semester 4 bulan ni. Aku buat FYP pun bila aku shift malam. Aku pun excited jugak sebenarnya bila sampai puncak ni sebab susah nak dapat view cantik macam ni, ikut rezeki. Nak diikutkan, Rizal kata still tak nampak kapal2 dekat laut sana sebab belah sana ada awan tutup. So, next time insyaAllah, aku datang dan ambil gambar lagi.

Gambar2 diambil menggunakan kamera Olympus model TG-4. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. ^_^

Comments