#7 - Drive melalui Lebuhraya Timur-Barat (1st trip)


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

       Alhamdulillah, pada Sabtu (9/7/2016) yang lepas aku beraya di utara Malaysia selepas puas beraya di kampung. Kampung aku terletak di Kampung Tok Macang, Raub, Pahang. Raub merupakan antara salah satu daerah yang dilalui oleh orang pantai timur apabila tiba musim perayaan. Jadi memang boleh bayangkan kesesakannya bagaimana. Memandangkan aku nak pergi ke utara pada hari raya ke-4, jalan menghala ke pusat bandar seperti Kuala Lumpur memang sesak. Nak tak nak aku kena lalu ikut Gua Musang.

Aku ikut jalan yang warna biru tu, tapi tak berapa tepat sebab aku tak ikut Dabong

       Perjalanan beraya ke utara ni memang tak dirancang pun. Plan aku ni on the spot, jadi tak ramailah rumah kawan2 yang aku boleh datang beraya. Rumah pertama yang aku datang beraya rumah kawan aku, Afif di Sungai Petani. Aku guna aplikasi GPS Waze untuk ke sana memandangkan first time lalu dan aku pun jenis macam orang lain susah ingat jalan. Aku gerak dari kampung dalam 11.30 pagi dan sampai sana dalam 9.30 malam. Mula2 Waze anggarkan perjalanan dalam 6 jam je, amik kau sekali kena 9 jam, hahaha. Lenguh lutut menghadap jam di Kelantan. Demi menjimatkan masa, aku hanya berhenti rehat untuk solat, isi minyak, dan sekali ambil gambar, senang cerita aku tak berhenti untuk makan. Aku guna kereta Myvi SE1.3, minyak RM50 boleh sampai dalam 600 km bila bawa range lebih kurang 80 km/jam - 100 km/jam.

       Secara specific, aku lalu Dong - Benta - Kuala Lipis - Padang Tengku - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Tanah Merah - Ayer Lanas - Jeli - Gerik - Pengkalan Hulu - Baling - Kuala Ketil dan akhirnya sampai ke Sungai Petani. Perjalanan memang jauh, dalam 500 km lebih, tetapi apakan daya, aku suka adventure so aku tak kisah drive jauh2. Mula2 dalam perjalanan semua benda baru dan bagi aku masih biasa sebab kiri kanan kampung dan bandar. However, segalanya berubah bila aku lalu Lebuhraya Timur-Barat, best gilerr. Part naik turun gunung layan corner tu best jugaklah tapi yang paling best ialah view sepanjang jalan tu bergunung-ganang. Aku nak berhenti tepi jalan ambil gambar pun tak berapa sesuai sebab kereta banyak dan tempoh perjalanan akan lagi bertambah lama. Therefore, aku teruskan perjalanan sehinggalah sampai di Hentian Titiwangsa untuk aku solat Jama' Asar dan Zohor. Aku tak pergi kedai makan sebab tak nak keluarkan duit termasuk lah masuk tandas, kena keluarkan duit jugak, so aku tahan jelah selagi boleh.

di musim perayaan memang ramai orang dekat sini, sampai ada yang parking di bahu2 jalan
alang2 dah berhenti tu, aku pun ambil lah gambar, pemandangan cantekkk beb

       Aku ambil gambar pun sekejap2 je sebab tak nak sampai lewat sangat dekat rumah kawan aku. Tapi aku berhenti lagi bila aku sampai dekat Tasik Banding. Memang lawa gilerr. Aku jakun betul. Aku tak sangka dekat Malaysia pun ada jalan yang macam ni. Jambatan yang kecil lurus dengan air tasik kiri kanan, aku rasa macam dekat Jepun. Mula2 aku ingat sungai rupa2nya tasik, hahaha. Jadi aku masuk simpang masuk ke jeti ambil2 gambar.

dari arah jambatan macam nilah rupanya, gambar pun tak berapa menarik sebab aku ambil "on the spot" 

       Mula2 seriau jugak aku nak ke jeti sebab macam tak ada kereta, jalan entah ke mana ntah, tapi jalan punya jalan ada nampak jeti dengan kedai makan tepi tasik. So aku pun turun ambil beberapa gambar. Berbual jugak dengan orang dekat situ, dia cakap dekat sini ada jungle trekking, hiking, fishing, visit perkampungan orang asli, dan sebagainya. Aku tanya dekat2 area sini ada penginapan atau tak dan orang tu kata yang ada area sini ialah resort dengan average harga semalam RM300, telan air liur jelah aku, hahaha. Aku ambil contact number orang tu, mungkin bila ada rezeki boleh join aktiviti hiking dekat sini. Pstt, dekat sini nak masuk tandas pun kena bayar, hahaha.

waktu ambil gambar ni aku risau ada buaya je, dengan bunyi air berkocak2, creepy dowh
itulah jambatan yang aku lalu sebelum pergi ke jeti ni
gambar pun tak berapa terang sebab dah jam 6 petang lebih

       Jadi inilah experience aku drive sorang2 nak beraya ke utara. Lebuhraya Timur-Barat memang sangat best untuk dilalui kalau kau orang nature dan environmentalist. Cuma aku nak pesan, sebelum lalu jalan ni, pastikan kereta berada dalam keadaaan yang baik sebab aku nampak banyak kereta yang berhenti di bahu2 jalan dekat kawasan cerun mendaki bukit. Disebabkan aku seorang dan masa yang suntuk, tak banyak lah gambar yang aku ambil, sikit2 je.

The pictures in this entry were taken by using the Olympus TG-4 camera. Alhamdulillah. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Thanks for visiting my blog and see you again in upcoming post. Heeee...

Comments