#6 - Iftar di Restoran Ikan Bakar Simpang Empat


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

          Alhamdulillah, semalam (Ahad, 19 Jun 2016) aku dan sahabat2 universiti makan buffet di Restoran Ikan Bakar Simpang Empat yang bertempat di Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Setelah seminggu berpenat lelah melakukan kerja2 Final Year Project di universiti, apa salahnya di hujung minggu kami melapangkan fikiran dan merehatkan diri dengan berkumpul beramai2 berbuka puasa bersama2. Sahabat2 aku ni satu rumah, nama mereka Fazrol "Mat Yo", Syazwan "Cik We", Syafiq "Spiker", Alif "Mat Alip", dan "Arif" Ayieh. Mereka semua ni orang pantai timur, kadang2 kena kecek loghat Kelantan jugak lah, hehehe.

alhamdulillah, rezeki di bulan Ramdhan

       Makan buffet di restoran ni memang best. Alhamdulillah, sangat puas hati. Seorang dia cuma charge RM15, dan kalau student dapat harga rendah, RM13. Kami datang sini sampai dua kali disebabkan bayaran yang murah dan makanan yang sedap2. Antara menu2 yang ada ialah kari kambing, kari ikan, kambing bakar, ikan bakar, telur masin, telur masak gulai, ikan asam pedas, ayam goreng, kek, dan air oren Sunquick. Ikan asam pedas ada macam2 jenis ikan dan bila makan dengan telur masin, pergh, mangancam bai.

Restoran dia sebelah Petronas, student micet mesti tau punya kat mana
       
       Buffet ni hanya dibuat pada hujung minggu dan kena booking dulu sebelum datang. Tak perlu deposit hanya call. Owner dia agak peramah jugaklah orangnya. Waktu kami menjamu selera, ada jugak kami fikir macam manalah owner ni buat untung sebab nak diikutkan banyak jugak kami sebat, maklumlah orang muda. Semoga murah rezeki tuan kedai ni. Aku strongly suggest student UniKL MICET untuk try datang sni makan buffet. Kalau hari biasa harga makanannya mahal atau simply aku boleh kata "harga berpatutan" sesuai dengan keenakan makanan. Yelah, kalau student semua benda mahal, nak murah je kan.

contact number pun dah ada, tunggu apa lagi

The pictures in this entry were taken by using the Lenovo P70 phone. Alhamdulillah. Semoga anda memperoleh keberkatan di sepanjang bulan Ramdhan dan selamat menunaikan ibadah. Thanks for visiting my blog and see you again in upcoming post. Heeee...

Disclaimer: Owner kedai tak bayar pun untuk entry ni, sorry skit ehh. Semuanya tulis ikhlas dari hati ke hati. Poyo je mamat ni. Hahahaha

Comments