Posts

Showing posts from June, 2016

#6 - Iftar di Restoran Ikan Bakar Simpang Empat

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.           Alhamdulillah, semalam (Ahad, 19 Jun 2016) aku dan sahabat2 universiti makan buffet di Restoran Ikan Bakar Simpang Empat yang bertempat di Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka. Setelah seminggu berpenat lelah melakukan kerja2 Final Year Project di universiti, apa salahnya di hujung minggu kami melapangkan fikiran dan merehatkan diri dengan berkumpul beramai2 berbuka puasa bersama2. Sahabat2 aku ni satu rumah, nama mereka Fazrol "Mat Yo", Syazwan "Cik We", Syafiq "Spiker", Alif "Mat Alip", dan "Arif" Ayieh. Mereka semua ni orang pantai timur, kadang2 kena kecek loghat Kelantan jugak lah, hehehe. alhamdulillah, rezeki di bulan Ramdhan         Makan buffet di restoran ni memang best. Alhamdulillah, sangat puas hati. Seorang dia cuma charge RM15, dan kalau student dapat harga rendah, RM13. Kami datang sini sampai dua kali disebabkan bayaran yang murah dan makanan yang

#5 - Jungle trekking di Lubuk Petai (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.              Alhamdulillah, pada 1/6/2016 (Rabu) yang lalu, aku dan Rizal pergi jungle trekking di Lubuk Petai. Aaaaaa. Kami bukan nak cari petai ya, kami nak bermandi-manda. Hehehe. Nak pergi ke tempat ni tak berapa susah pun sebab boleh kira satu jalan nak ke kaki Gunung Datuk. masuk dekat signboard ni straight, nanti akan nampak kilang air E'den        Dekat sini tak ada kawasan parking yang khusus, jadi pandai2 lah park dekat mana2. Kemudian, jalan kaki ikut laluan merah sampai... ...sampai jumpa kawasan ni belah kiri akan nampak sebuah kolam lumpur, nampak tak kerbau2 tu, hehehe jalan depan sikit akan nampak anak sungai, ikut je sampai... ...sampai jumpa satu trek, straight ke air terjun        Boleh dikatakan tidak ramai orang tahu akan kewujudan sungai ni mahupun tempat yang bernama Lubuk Petai. Waktu aku first semester dulu, aku fikir jangan haraplah nak mandi2 sungai berdekatan Un

#4 - Camping di Tanjung Tuan (2nd trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.         Alhamdulillah, seperti yang tertera, pada 31/5/2016 (Selasa), aku bersama-sama dengan housemates dan rakan2 yang lain pergi ke Tanjung Tuan untuk ber-camping dan ber-BBQ. Memang ramai, 10 orang bhai. Program ini dirancang bagi mengeratkan silaturrahim, merehatkan diri selepas habis paper final exam, dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Ini semua idea seorang pelukis khat terkenal yang bernama Kasyfi. Lukisan khat dia memang lawa, harga pun berpatutan.         Tempat ni aku dah cerita pada post sebelum ni. Klik di sini . Bagi sesiapa yang nak camping di sini secara legal, anda dikehendaki untuk datang awal sebelum habis waktu pejabat iaitu 5 petang di gate depan untuk mendaftar. Seorang RM4; yuran kemasukan RM1 dan yuran perkhemahan RM3. Terpulang kepada anda untuk comment mahal atau murah. Kalau tanya aku, aku akan cakap murah tetapi aku hormat pendapat masing2. inilah rupa resitnya, contact number pun dah terp