Posts

#18 - Jungle Trekking di FRIM, Kepong

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Alhamdulillah, semalam (Sabtu, 16/7/2017), saya bersama dengan seorang sahabat universiti saya iaitu Afnan, melawati Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) untuk mengisi masa yang terluang di hujung minggu. Pada entry ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman lawatan saya di mana lokasi ini sangat sesuai untuk keluarga yang mahu berkelah dan beriadah.

















#17 - Mendaki Bukit Broga (2nd trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,


Alhamdulillah, semalam (Sabtu, 9/7/2017) saya pergi ke Semenyih untuk mendaki Bukit Broga bagi memenuhi masa lapang di hujung minggu. Kebetulan saya terbangun pada jam 4 pagi, dan selepas selesai persiapan, maka bertolaklah saya pada jam 5 pagi.





Semasa pendakian, saya perasan laluan sudah berubah. Oleh itu, saya memilih untuk mengikuti rombongan pendaki-pendaki yang lain kerana suasananya yang gelap dan headlamp hanya mampu untuk menerangi permukaan laluan. Saya berasa hairan dengan kewujudan laluanbaru ini kerana jalannya terus menuju ke viewpoint yang ke-2. Namun, persoalan ini saya lupakan seketika kerana mahu menghilangkan penat dan juga mencari lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbit.




#16 - Mendaki Bukit Gasing di Petaling Jaya (1st trip)

Image
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Alhamdulillah, semalam pada hari Sabtu bersamaan dengan 1 Julai 2017, bermulalah misi "kembalikan momentum" selepas beberapa bulan tidak terlibat dengan akitivti jungle trekking mahupun hiking. Misi ini bermula dengan aktiviti pendakian Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya. Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan kota boleh ada sebuah hutan untuk aktiviti yang sebegini? Hehehe.
Aktiviti pendakian ini disertai oleh dua orang sahabat universiti saya iaitu Aizat dan Afnan. Kami menghabiskan masa dalam 3 jam untuk meneroka keindahan alam semula jadi walaupun pendakian ke puncak hanya mengambil masa kira-kira 30 minit kerana kawasan ini ada beberapa track. Selain daripada keindahan alam semula jadi, faktor tarikan Bukit Gasing ialah jambatan gantung dan menara tinjau. Kami hanya sempat merasa jambatan gantung kerana sudah keletihan untuk pergi ke menara tinjau. InsyaAllah, ada rezeki boleh datang lagi dan naik menara tinjau p…